Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini kita akan merungkai mengenai topik Siapa Super Affiliate?
1) Super Affiliate menganggap program affiliate yang disertai adalah satu bisnes.
Mereka tidak bergantung kepada banner ataupun link yang diberikan oleh syarikat
yang mereka wakili bagi mempromosikan sesuatu produk tetapi mereka sanggup melabur
sejumlah wang, masa dan usaha gigih mereka bagi menjayakan bisnes mereka.
2) Super Affiliate membuat kajian.
Mereka menetapkan niche market mereka ataupun membuat pasaran tertumpu dengan
mengetahui kehendak pelanggan dan bukannya membuat pemasaran yang tidak ada
strategi. Mereka membuat penyelidikan, memaham keperluan dan kehendak pasaran
mereka.
3) Super Affiliate bijak berkomunikasi.
Mereka tahu produk yang mereka wakili dengan baik dan menggunakan segala ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan produk bagi menyakinkan pelanggan mereka.
4) Super Affiliate sentiasa mengembangkan bisnes mereka.
Selepas berjaya menjalankan satu bisnes affiliate tertentu, super affiliate
mencari peluang bagi menyertai lebih banyak peluang program affiliate yang lain.
5) Super Affiliate sentiasa mendalami ilmu.
Super Affiliate biasanya memastikan ilmu pengetahuan mereka terhadap produk dan
pasaran yang sentiasa terkini serta bagaimana untuk mengatasi saingan dan berjaya
dalam bisnes mereka. Dalam erti kata lain, mereka belajar dan terus belajar demi
kejayaan bisnes mereka.
Dipetik daripada Buku Buat Duit dengan Affiliate, karangan Azahar Abdul Rahman.