Wednesday, August 25, 2010

Who's Super Affiliate / Siapa Super Affiliate???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini kita akan merungkai mengenai topik Siapa Super Affiliate?

1) Super Affiliate menganggap program affiliate yang disertai adalah satu bisnes.
Mereka tidak bergantung kepada banner ataupun link yang diberikan oleh syarikat
yang mereka wakili bagi mempromosikan sesuatu produk tetapi mereka sanggup melabur
sejumlah wang, masa dan usaha gigih mereka bagi menjayakan bisnes mereka.

2) Super Affiliate membuat kajian.
Mereka menetapkan niche market mereka ataupun membuat pasaran tertumpu dengan
mengetahui kehendak pelanggan dan bukannya membuat pemasaran yang tidak ada
strategi. Mereka membuat penyelidikan, memaham keperluan dan kehendak pasaran
mereka.

3) Super Affiliate bijak berkomunikasi.
Mereka tahu produk yang mereka wakili dengan baik dan menggunakan segala ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan produk bagi menyakinkan pelanggan mereka.

4) Super Affiliate sentiasa mengembangkan bisnes mereka.
Selepas berjaya menjalankan satu bisnes affiliate tertentu, super affiliate
mencari peluang bagi menyertai lebih banyak peluang program affiliate yang lain.

5) Super Affiliate sentiasa mendalami ilmu.
Super Affiliate biasanya memastikan ilmu pengetahuan mereka terhadap produk dan
pasaran yang sentiasa terkini serta bagaimana untuk mengatasi saingan dan berjaya
dalam bisnes mereka. Dalam erti kata lain, mereka belajar dan terus belajar demi
kejayaan bisnes mereka.

Dipetik daripada Buku Buat Duit dengan Affiliate, karangan Azahar Abdul Rahman.

Saturday, August 14, 2010

Tips Affiliate Programs - Penggunaan SBOX

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berjumpa lagi kita di post saya pada kali ini di Affiliate Program Terhebat. Alhamdulillah syukur kita telah selamat menjalankan ibadah puasa dalam tempoh beberapa hari ini. Untuk berkongsi cerita kehidupan dan keagamaan anda boleh layari laman blog saya di www.segamat.blogspot.com.Untuk mendengar bebelan saya mengenai Affiliate Programs anda boleh teruskan pembacaan.

Terima kasih kerana setia dengan blog ini. Untuk sesi percambahan fikiran pada kali ini, saya ingin membuka tajuk Tips Affiliate Programs - Penggunaan SBOX. Apakah itu SBOX??? SBOX adalah ruangan dialog yang boleh digunakan untuk chat sesama ahli.

Anda mungkin fikir ruangan sebegini tak perlu dan membazir ruang blog/website anda. ANDA SILAP!!! ruangan sebegini amat bagus kerana ia adalah salah satu pemangkin bagi membantu mengekalkan follower blog/affiliate programs anda.

BETUL KE K.ZOS???
YAAA....100x Ya...sudah tentu rakan affiliate programs semua. Orang yang melawat blog anda, dan taip di ruangan SBOX, jika ada rakan-rakan yang berbalas chat di SBOX anda, mereka pasti singgah semula ke blog anda bagi melihat balasan chat dari rakan-rakan mereka pada SBOX anda.

Untuk mendapatkan script SBOX, anda boleh layari laman web www.sbox.ws. Ini bagus untuk maintain promosi affiliate program anda.

Okay rakan affiliate programs semua...Semoga anda dapat memanfaatkan tips ini bagi mempromosikan blog anda, dan salah-satu tools bagi mengekalkan pengunjung sedia ada blog/website anda.

Friday, August 13, 2010

SALAM RAMADHAN SUPER AFFILIATE PROGRAMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera Super Affiliate Programs semua...

Pada post kali ini, saya tak mahulah bercerita mengenai Affiliate Programs. Saya cuma ingin merakamkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN dan SEMOGA DAPAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA DENGAN JAYANYA...

Kepada semua yang ingin membaca coretan saya yang tak seberapa berkenaan dengan perihal agama dan kehidupan, anda boleh layari laman blog saya di www.segamat.blogspot.com . Semoga sedikit-sebanyak dapat berkongsi dengan anda. AMIN...

Yang Menulis,
K.ZOS

Tuesday, August 10, 2010

Tips Promote Link Affiliate Programs

This summary is not available. Please click here to view the post.

Sunday, August 1, 2010

Promosi Program Affiliate Anda Dengan PANTAS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Di malam yang hening daku menulis di blog yang x seberapa ini..haha.. Ya kawan-kawanku sekalian... Berbalik kepada topik kita untuk menjadi Super Affiliate... :-)... Kali ini, kita kupas mengenai cara promosi yang BERKESAN... Ya....kita andaikan anda telah mempunyai program affiliate anda sendiri..dengan pilihan produk yang menepati citarasa ramai. Tapi perlu INGAT...walau bagaimana canggihpun produk anda, jika anda tidak mempromosikannya dengan betul, maka ia takkan ke mana...PERCAYALAH!!!

Kali ini saya bawakan langkah promosi berkesan dengan menggunakan Google....ya...anda tahu tak yang google nie selain kita boleh surf internet, download lagu dan movie...Google juga menyediakan medium promosi bagi kita... Target clientnya pula adalah SATU DUNIA!!!(mengikut pilihan dan modal yang anda ada).

Anda boleh search Google Adwords bagi mendapatkan penerangan lanjut..Dan yang paling bagus, pendaftarannya adalah PERCUMA!!! Sebelum anda mendaftar sebagai Adwords, dinasihatkan agar anda buat anggaran dan bajet dahulu terhadap kos promosi anda. Anda juga boleh limitkan carian pengguna dan klik pengguna kepada berapa kali yang anda mahu... Kurang faham???? mcmni....katakan anda masukkan nilai RM30 dalam akaun google adwords anda...then, anda tetapkan dalam sehari, hanya 4 kali ke pengguna boleh klik masuk ke website anda melalui iklan google adwords anda... Selepas klik yang ke 4, maka iklan anda dah takkan keluar lagi untuk hari tersebut dan anda perlu bayar google berdasarkan 4 kali klik tersebut...

Contohnya, 1 klik bernilai RM0.10.. soo anda kenalah bayar Google RM0.40 pada hari tersebut.....Ada apa-apa pertanyaan????

WISH U ALL GUD LUCK....AMIN...

Yang Ikhlas,
K.ZOS.

Wednesday, July 28, 2010

Menjadi Super Affiliate dengan Teknik Promosi Berkesan

Salam...

Berjumpa lagi di laman blog saya. Kali ini kita akan bercerita mengenai bagaimanakah teknik promosi yang berkesan sehingga anda boleh menjadi Super Affiliate. Bukan mudah untuk menjadi Super Affiliate, tapi bukanlah susah. Anda hanya perlu tahu TEKNIK.... tapi bukan sekadar teknik kerana banyak teknik-teknik yang anda boleh gunakan, tetapi yang anda perlu tahu adalah bagaimanakah yang dikatakan TEKNIK BERKESAN.

Program affiliate rata-ratanya adalah sama. Konsep yang digunakan juga sama. Antara perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum mencadang untuk bergerak promosi adalah:
1) PILIH produk yang ada MARKET...jangan sia-siakan pemilihan anda
2) Anda perlu ada website sendiri
3) Jangan membuat spam kepada orang ramai, ini penting bagi mendapatkan kepercayaan
orang terhadap anda!!!

Wednesday, July 21, 2010

Super Affiliate Program dan Blog

Salam...berjumpa lagi kita dapat coretan di blog ini. Bagi tajuk kali ini saya memilih Super Affiliate Program dan Blog. Seperti mana kita tahu, program affiliate yang kita boleh boleh kita lakukan promosi terhadapnya dan salah satu daripadanya adalah melalui medium blog. Ya!!!Blog adalah satu cara promosi Program Affiliate anda yang berkesan!!!

Apakah itu blog? Blog secara ringkas adalah laman sesawang yang terdapat maklumat di dalamnya sama ada secara ilmiah ataupun maklumat yang umum, luahan rasa, luahan fikiran dan sebagainya. Selain program affiliate yang disertai oleh kita, blog juga dapat kita gunakan sebagai medium bagi mempromosikan barangan jualan kita dan sebagainya.

Semakin ramai yang mengunjungi blog kita, maka kedudukan blog kita akan semakin meningkat di Google Search Engine. Sebagai Super Affiliate kita perlu mengkaji produk yang bersesuaian bagi dipaparkan di dalam blog kita. Pemilihan keyword adalah amat penting bagi menentukan market yang kita mahu. Bagi permulaan anda boleh mula mengkaji keyword yang bersesuaian untuk blog anda di laman web http://freekeywords.wordtracker.com/.

Tipsnya adalah mencari keyword yang banyak dicari oleh orang ramai. Masukkan keyword anda dan click "Hit Me". Selepas itu lihat pada ruangan searches dan mulalah mengkaji keyword yang sesuai bagi anda!!!Jadilah Super Affiliate yang dapat memanfaatkan semua kemudahan yang ada sama ada yang percuma atau berbayar. Anda boleh mencari dengan menaip di Google browser atau anda boleh juga mendapatkan tips di dalam blog ini.

Pada post yang akan datang, kita akan membincangkan banyak lagi topik berkenaan program affiliate dan Super Affiliate...Bagaimana mahu menjadi Super Affiliate yang HEBAT...

Semoga sukses selalu...

Yang Ikhlas,
K.ZOS

Sunday, July 18, 2010

Apa itu Affiliate Programs?

Salam...berjumpa lagi kita di slot blog seterusnya. Pada kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas mengenai Affiliate Programs. Affiliate Programs adalah program di mana kita bertindak sebagai jurujual siber. Yaa....ianya masih melibatkan usaha dan marketing serta mengikut kreativiti masing-masing.Affiliate Programs is a good things for us to be involved.

Ini adalah satu kelebihan kepada kita kerana kita boleh memilih produk-produk mengikut citarasa sendiri.Affiliate Programs it very good sebab kita tidak perlu menguruskan urusan produk dan tidak perlu menyimpan stok barang (jika melibatkan produk barang fizikal).

Berikut adalah link Affiliate Programs yang boleh anda ceburi dengan modal yang amat rendah tetapi pulangan yang baik sekali:
1) www.marbahan4u.com
2) www.maskahwin.com
3) http://billing.netkl.com
4) http://rminfinity.com
5) http://www.ganda10.com
6) http://www.infaq2u.com

Saya akan maklumkan berkenaan Affiliate Programs yang bagus dari masa ke masa.

SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA!!!

Yang Menulis,
K.ZOS

Wednesday, July 7, 2010

Apa itu Internet Affiliate Programs?

Affiliate Programs adalah program dimana, pengguna internet diberi akses sebagai rakan promoter yang mana hasil jualan akan dibahagikan komisen kepada pengguna tersebut. Kecantikkan bagi Affiliate Programs adalah dari segi masa, tekanan, cara kerja dan sebagainya yang memberi banyak kebaikan kepada kita. Pengguna yang subscribe dalam Affiliate Programs akan mendapat komisen berdasarkan hasil jualan yang dilakukan.

Dalam topik seterusnya, saya akan huraikan lebih lanjut mengenai Affiliate Programs dan bagaimana kita dapat mengambil peluang ini mencari duit tambahan. Jangan lupa untuk menjadi follower saya kerana saya akan berkongsi lebih banyak ilmu berkaitan Affiliate Programs dalam blog ini.

Yang Ikhlas,
K.ZOS