Saturday, August 14, 2010

Tips Affiliate Programs - Penggunaan SBOX

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berjumpa lagi kita di post saya pada kali ini di Affiliate Program Terhebat. Alhamdulillah syukur kita telah selamat menjalankan ibadah puasa dalam tempoh beberapa hari ini. Untuk berkongsi cerita kehidupan dan keagamaan anda boleh layari laman blog saya di www.segamat.blogspot.com.Untuk mendengar bebelan saya mengenai Affiliate Programs anda boleh teruskan pembacaan.

Terima kasih kerana setia dengan blog ini. Untuk sesi percambahan fikiran pada kali ini, saya ingin membuka tajuk Tips Affiliate Programs - Penggunaan SBOX. Apakah itu SBOX??? SBOX adalah ruangan dialog yang boleh digunakan untuk chat sesama ahli.

Anda mungkin fikir ruangan sebegini tak perlu dan membazir ruang blog/website anda. ANDA SILAP!!! ruangan sebegini amat bagus kerana ia adalah salah satu pemangkin bagi membantu mengekalkan follower blog/affiliate programs anda.

BETUL KE K.ZOS???
YAAA....100x Ya...sudah tentu rakan affiliate programs semua. Orang yang melawat blog anda, dan taip di ruangan SBOX, jika ada rakan-rakan yang berbalas chat di SBOX anda, mereka pasti singgah semula ke blog anda bagi melihat balasan chat dari rakan-rakan mereka pada SBOX anda.

Untuk mendapatkan script SBOX, anda boleh layari laman web www.sbox.ws. Ini bagus untuk maintain promosi affiliate program anda.

Okay rakan affiliate programs semua...Semoga anda dapat memanfaatkan tips ini bagi mempromosikan blog anda, dan salah-satu tools bagi mengekalkan pengunjung sedia ada blog/website anda.

Friday, August 13, 2010

SALAM RAMADHAN SUPER AFFILIATE PROGRAMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera Super Affiliate Programs semua...

Pada post kali ini, saya tak mahulah bercerita mengenai Affiliate Programs. Saya cuma ingin merakamkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN dan SEMOGA DAPAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA DENGAN JAYANYA...

Kepada semua yang ingin membaca coretan saya yang tak seberapa berkenaan dengan perihal agama dan kehidupan, anda boleh layari laman blog saya di www.segamat.blogspot.com . Semoga sedikit-sebanyak dapat berkongsi dengan anda. AMIN...

Yang Menulis,
K.ZOS

Tuesday, August 10, 2010

Tips Promote Link Affiliate Programs

This summary is not available. Please click here to view the post.